menunggu esok tiba,
bagai menanti hujan teduh,
penghujungnya ada jawapan,
namun tidak diketahui nasib menyebelahi siapa.
menunggu esok tiba,
bagai menanti hukuman menyapa
walau dapat diharungi walau harus ditempuhi,
hujungnya belum tahu apa rasa.
menunggu esok tiba,
aku iringi dengan doa pelbagai rasa,
meminta agar yang Esa,
mempermudahkan segala.
dab bila esok tiba,
duka dan gembira pasti dan nyata
yang manis diakhiri dengan hamalah,
yang pahit diiringi dengan doa,
moga hati terus kuat, moga hati terus tabah.
esok, penentu segala.
No comments:
Post a Comment