Thursday, January 17, 2013

peer observation

Selepas seminggu HOD aku tak masuk ofis, pagi tadi masuk terus announce mintak semua orang buat peer observation and submit observation form latest by friday 6 pm. Kitorang senyum kelat je la.. Aku dah la kelas jumaat tak ada. Maknanya memang kena settle hari ni la jugak. aku cek emel dan tengok observer aku  seorang staf lama dan seorang staff baru. So aku mintak staf baru tu masuk kelas pukul 11 aku sebab staff lama tu tak masuk ofis lagi. Ada kerja luar la kut. Settle 1, legaaa..

Petang tu, kelas manpower. Tengah aku syok2 duk ajar anak2 aku, tetiba pintu belakang terbukak and guess who?? second observer! Ahhhhhhhhhhhh dah la nak masuk tak bagitau! Gigil sat aku. Dah la subject baru..memang aku lemah sikit la. Encik tu duduk sekejap je..lepas periksa attendance list, dia keluar. Lega.

Balik ofis je encik tu datang sebelah aku. Dia dengan selamba evaluate aku, tanya beberapa soalan.

Antaranya perbualan kami:
beliau : apa 3 dimension dlm CTS?"
aku    : tadi kan ada semua, visual, kinestatik, audio
beliau : tadi ade slide ke x?
 (Apekah??? tak nampak ke tadi aku duk mngajar tunjuk2 dekat slide)
beliau :  ni part introduction ni letak berapa mark? Tadi saya masuk kan dah setengah jam awk mengajar.
(lantas???? Salah aku ke?)
dan beliau terus sambung.. "cuba bagi salam"
aku    : kenapa?
beliau : cuba la bagi salam
aku    : assalamualaikum.. (dengan perasaan bengang aku turutkan je permintaan yang ntah apa2 tu)
beliau : okey, boleh bagi 3 markah
aku    : ???????

pernah korang alami situasi macam di atas? tak rasa macam nak tuju kasut dekat kepala?

No comments:

Post a Comment