Tuesday, January 1, 2013

penutup 2012

Semalam yang sangat hectic!
Pernah ke ada dalam istilah hidup aku hari yang tidak hectic since I was here? None of them.

Biasanya hari isnin adalah hari yang agak leisure sebab aku hanya ada 2 jam kelas je. Tapi semalam aku rasa sangat2 Hectic. Start pukul 9.20 pagi bila aku baca emel:
the briefing for academic procession will take place at PAT, 930 am. Attendance is compulsory.

i know that my life is going to be chaos. Aku cakap dekat HOD aku, shahrul janji aku boleh dapat PAT utk event aku pada hari yang sama dengan briefing tu. Tapi hampeh. Dan aku dengan selamba cakap dengan bos aku yang Shahrul tu bodoh. Pardon my language. Syahir call Shahrul, tanya kenapa boleh jadi redundant pulak aktitviti. Dan beliau dengan senang hati jawb, tak apa, dia akan uruskan. Ya la sangat. Im sick.

Aku terus lari naik ofis CEO (bohong, aku guna lift.haha.gila ngkau nak lari 9 tingkat. alamat kojol la aku!). Aku cek balik reservation room untuk event aku. And yes, memang tak approve. Harusla tak approve. Siapa lah aku ni kalau nak dibandingkan dengan vice president. Aku dah lemah lutut. Mau nya tidak, event lagi 3 hari, venue belum boleh confirm.

Ofismate aku senyum je bila tengok muka kelat aku. Dia kata tak apa, dia tolong book LT715. Aku cakap, okey tapi aku call IMS, book jugak LT IMS sebagai backup, in case LT715 fully booked. HOD aku memang jelas2 tunjuk muka bengang bila aku cakap PAT tak dapat. Ye lah, aku korbankan event aku, bawak ikut tarikh yang management nak, alih2 susahkan hidup aku sendiri.

Aku bawak memo reservation bagi dekat dd ims. and guess what? she is so good! Siap cakap kenapa aku tak boleh dapat PAT sedangkan event aku jemput public figure. Dia kata dia tolong aku tukar PAT dengan LT IMS. Aku dah senyum2. Sangat2 bersyukur ada orang yang nak tolong aku walaupun belum pasti dapat ke tidak. At least she tried harder. Depan2 aku dia call orang sana sini. Tanya kalau2 briefing boleh tak bawak ke venue lain.

Balik dari ims, aku meeting dengan anak2 aku. Tengok progress macam mana. Ada few parts lagi tak settle. Yang lain2 macam dah okey. Habis meeting around 545 petang. Aku naik ofis buatkan surat reservation parking VIP. Sebab bos aku cuti rabu, so aku kena siapkan memo tu awl2. Pukul 630 student aku call cakap sponsor dah dapat dan dia tunggu aku dekat acc dept untuk cash in. Lari2 aku turun level 3 (heh. aku bohong lagi. aku guna lift la, opkos!).

Setel semua urusan duit, book LT, memo parking. Aku solat asar dan balik. Odw balik, aku singgah beli makanan. Semalam aku sempat breakfast makan mihum goreng dengan scramble eggs pukul 11.30 pg. Sampai ke petang tu aku kunyah je chewing gum.

Balik rumah, baru terasa kaki macam nak putus. Dengan kelas aku 5 jam semalam. Ditambah lagi dengan jelajah uni, Dari level 10 mgt tower (opis aku) ke level 11 science tower (ofis IMS), terus ke level 19 mgt tower (CEO ofis), turun acc dept (level 3 mgt tower), meeting level 8 (mgt tower) memang betul2 buat aku nak putus kaki. Malam tadi aku baring je. Letak minyak panas dekat kaki. Rasa macam nak demam. Tapi aku rasa aku akan okey je lepas bangun tidur.

2012 ended safely. Hopefully 2013 bring more happiness. Insya Allah. with god wills.

No comments:

Post a Comment