Alkisah petang tadi bersembang panjang dgn sayang aku nun jauh d merbok, Kedah. Kisahnya, beliau ajak aku further study tp before tu nak kawen dulu..takut klo abes pieshdi makin xde yang berani nak dekat.
Aku? dengan sopannye terus cakap, matlamat aku sekarang ni nak find new place where i can start my new life. Life aku sekarang xbest ke? Best..tapi aku rasa it's time for me to move on. Takde pencapaian yang aku boleh banggakan sejak aku duduk sini. Makin banyak kesalahan yang aku buat adalah..
Jadi, bagi mengelak dari aku terus buat keje yang ntah ape2..susahkan orang lain, baiklah aku men-chow-kan diri dengan aman.
Berbalik kepada cerite petang tadi, aku pun dengan sopan nye say gud bye dekat kwn aku. Sebab? Aku nak g kuar mencari bakal suami..hahhahahhahha..kesahnye, sayang aku tu da jumpa her long lost tulang rusuk and now it's my turn to find mine as well.
So, aku pegi sunwayyyy..yeay! Sudahnya aku balik dengan tangan kosong. Xde pun jumpe bakal laki yang sesuai sebagaimana syarat yang sayang aku berikan~beragama, hensem dan kaya.
Yang hensem dan kaya tu banyak la kut...tapi nak cari yang beragama, mcm susah sikit.
Lalu petang tadi, sambil aku duk mix cream cheese and whipping cream utk buat tiramisu, terkeluar la topik pasal "beliau".
Sape tu? Owh, beliau adalah dia yang Allah takdirkan untuk jengah sekejap ke dalam ruang lingkup hidup aku. Just for a moment. Haha. Kami memang tidak ditakdirkan untuk menjodoh. (pelik pulak gaya bahasa ni, tapi gasaklah!). Dia datang sekejap, maybe untuk sedarkan aku bahawa aku ni masih banyak yang perlu diperbaiki jika mendambakan seorang lelaki yang tinggi ilmu agamanya. Dan mungkin juga kehadiran beliau itu sebagai hukuman Allah di atas setiap kata-kata aku.
Sebab? Sebab sekarang ni aku sangat2 rasa yang setiap patah kata yang keluar dari mulut aku sekejap je Allah akan makbulkan.
Maka, aku harus menjaga setiap tutur kata.
Hingga bertemu lagi, dan aku mendoakan kalian sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah. semoga dimakbulkan oleh Allah. Aminn..
No comments:
Post a Comment