Aku rasa akulah manusia paling pelik dekat kawasan apartment aku ni (nak mention dunia, macam tak relevan sangat). Sebab? Sebab aku boleh habiskan weekend aku dengan ber-enak2-an melayan novel dan melayan perut.uuuuuuuuuu..macam sensored la pulak. Sebenarnya tak pun.
Hari ahad yang indah aku mulakan dengan breakfast burger ayam ramly (yang aku beli malam td) dengan milo ais pada pukul 8 pagi. Awal kan? padahal malam td aku tidur dah pukul 4 pagi.
Lunch pulak kitorang lepak dekat seksyen 6. Apa ntah nama kedai tu..perghh syok. Aku makan nasi, ayam goreng berempah, air asam, bendi goreng kicap dan iced lemon tea (again?? kan aku dah cakap, bila tak sakit, aku mudah lupa diri).
Balik lunch kami singgah Giant. Aku rembat tepung (dengan niat nak wat brownies) dan sekotak air soya less sugar (untuk kekuatan tulang.haha). Pastu aku aku singgah MPH, cari wishlist aku. Satu je ada, "ketuk pintu hati dia". Lagi satu, "3 jantung hati" dah out of stock. Dah nak jalan keluar Giant, aku sempat lagi singgah di Big Apple dan merembat 2 biji Alien. wohhooo...
Sebelum masuk simpang rumah, kitorang terussss lagi pegi beli laksa dan cendol. Aku sebenarnye tak suka sangat makan laksa tu sebab nanti aku akan pening. Tak tahu la sebab apa, maybe banyak sangat letak ajinomoto kut. Aku memang alah dengan benda tu (betul la ckp izzat kut yg aku ni banyak pantang larang).
Elok je sampai rumah, aku terus solat zohor dan pergi dapur..Tung tang tung tang buat browniessss..Tapi yang kecewa nya, container tu cair tapi brownies aku xmasak pun lagi. Pelik kan? Padahal aku beli yang microwave save dah. Housemate aku cakap maybe microwave tu yang tak seswai. Maybe la. Sebab aku buat dekat rumah aku dekat kampung elok je jadi. Sebab stress brownies aku tak jadi (tapi aku makan jugak sikit walau hosmet aku marah takut ade chemical contamination.heh. Im living with docs and pharmacist, so what to say kan. eh tapi lepas tu aku macam rasa pening2 sikit. Food poisoning kah aku?).
Oleh kerana aku tak tahu nak buat apa (kerja aku berlambak-dengan notes xsiap lagi, EQ tak set lagi, MTP tak update lagi), aku dengan senang hati start baca novel. Hahaha. Senang hati beb. Tetiba pukul 530 aku rasa lapar. So aku selamat menjamu laksa. Lepas xsampai berapa minit aku dah rasa semacam (haa see, kan aku dah cakap yang aku tak boleh makan laksa ni). Aku minum milo. Kemudian aku sebat donut sebijik.
Eh marghrib la. Aku stop jap baca novel. Ambil towel konon nak pergi mandi tapi aku sempat lagi singgah dapur makan choc cake dalam peti ais.wohhoo..Heaven beb!
Lepas solat semua, aku sambung balik baca novel sampai pukul 930. teng! tamat...perghh syok woooo..Aku tutup buku, letak dekat bookshelf, solat isya'. Then aku keluar bilik, pergi dapur lagi (malam ni aku rasa lapar lain macam la. Aku dah makan macam2 tapi still lapar lagi) dan makan choc cake sekeping dengan soya segelas. Alhamdulillah.
Sekarang? Aku dalam bilik, update blog dan sambung kerja sikit before zzzz..till we meet again. Bye ols =)
p/s: aku sedih sebab gaji aku xmsk lagi. Naper orang lain dah.huhuhu =(
No comments:
Post a Comment